Recommended
The best of our products

Choose from our FEATURED items and options here ...
Find a Product
Search entire site:
  

Warning Warning: I am able to write to the configuration file: /home/pcbundle/public_html/v1/includes/configure.php. This is a potential security risk - please set the right user permissions on this file (read-only, CHMOD 644 or 444 are typical). You may need to use your webhost control panel/file-manager to change the permissions effectively. Contact your webhost for assistance.


April 3, 2008

Ebook Percuma Untuk Anda

Posted in Laptops, Bebas, Blog, News, Computers — pcbundle @ 1:35 pm

Muat Turun Sekarang!! Istimewa untuk anda pengunjung setia PcBundle.Net :)

del.icio.us Digg Technorati Google Yahoo Spurl

Sphere: Related Content

November 27, 2007

Produk Terbaik 2007

Posted in News — pcbundle @ 7:51 am


Tahun 2007 telah banyak diwarnai dengan pelbagai jenis produk yang membawa inovasi termaju dan terkini kepada pasaran. Namun di Malaysia ada sesetengah produk antarabangsa sahaja yang sampai ke sini dengan cepat tetapi kebanyakannya masih lewat tiba ke sini. Malah ada juga produk yang termaju tetapi kurang digunakan di sini kerana ketiadaaan kandungan atau produk sokongan. Di bawah disenaraikan 5 produk terbaik dan selebihnya boleh anda dapati daripada Majalah PC keluaran November 2007 yang telah berada di pasaran.

Acer Ferrari 1000

Penerima Anugerah Red Dot 2007 untuk rekaan produk terbaik, Acer Ferrari 1000 menampilkan gaya ’sporty’, tahan lasak, perincian menarik dan kesempurnaan bentuk mobil menerusi kerangka automotif daripada bahan fiber karbon teknologi tinggi. Ia dijalankan oleh teknologi terkini AMD Turion 64X2 Mobile dan turut dilengkapi kad grafik 3D ATI Radeon Xpress 1150, pemacu keras Serial ATA 160Gb, teknologi Acer QuicCharge untuk bateri tahan lama dan teknologi berkuasa Acer lain bagi kegunaan versatil.

Selain rekaan dan kecekapan tinggi, Acer Ferrari 1000 turut menawarkan skrin LCD 12.1″ Acer CrystalBrite bagi paparan jelas, Acer Orbicam 1.3 megapiksel untuk komunikasi Web dan teknologi wayarles InviLinkT NplifyT Acer bagi penyambungan rangkaian pantas sehingga 300 Mbps. Ciri lain yang dimiliki ialah bas luaran IEEE 1394, Bluetooth 2.0 +EDR, WiFi 802.11 a/b/g, penyelesaian persidangan video WoIP, Ethernet Gigabit dan pembaca kad 5-dalam-1.

Sony Blu-Ray BWU-100A

Diperkenalkan awal tahun ini, BWU-100A daripada Sony merupakan pemacu Blu-Ray pertama dan masih mengekalkan popularitinya sehingga kini. Ia membolehkan anda merakam video definisi tinggi dan menyimpan data dalam kuantiti besar sehingga 50Gb data pada cakera BD-R dan BD-RE. Anda juga boleh merakam sehingga empat jam video definisi tinggi HDV 1080i pada cakera BD-RE 50Gb dan rakaman penuh 25Gb cakera cuma dalam masa 50 minit.

Ia turut menyokong rakaman cakera 4.7Gb DVD-R/RW/RAM standard satu lapisan, cakera 8.5GB DVD-R dua lapisan, CD dan berupaya melakukan rakaman pelbagai format. BWU-100A didatangkan dengan perisian CyberLink BD Solution untuk memudahkan kerja merakam, menyunting dan menyalin kandungan peribadi dari kamkoder format HDV 1080i pada cakera Blu-Ray serta cakera digital DVD. Serasi pelbagai OS PC dan pemain DVD Blu-Ray di pasaran masa kini.

BenQ FP785 @ Dynasty

Lain daripada yang lain. Itulah yang boleh digambarkan tentang monitor keluaran khas BenQ ini. Ia menampilkan corak atau rekaan menarik daripada zaman Dinasti Qing yang dihasilkan oleh Giuseppe Castiglione, sekali gus memberi citarasa peribadi kepada pemiliknya. Ia turut memaparkan falsafah BenQ ‘Meeting of Opposites’ menerusi gabungan seni klasik China dengan bentuk monitor yang mempunyai sentuhan kontemporari Barat. Dilengkapi skrin berukuran 17 inci, berat kira-kira lima kilogram dan bentuk yang kemas serta bergaya, FP785 turut menampilkan teknologi Senseye BenQ, perisian-perisian utama lain dan kit yang membolehkan ia ditempatkan di dinding. Ciri menarik lain termasuk kadar kontras 600:1, sudut paparan 170 darjah, masa respon 25ms dan pembesar suara SRS Surround terbina.

Sony Vaio Siri C

Tiada yang lebih bergaya selain memiliki komputer riba dengan warna menarik dan berkeupayaan tinggi. Sony Vaio Siri C didatangkan dalam dua model utama iaitu VGN-C15GP dan VGN-C13G dengan pilihan warna putih, merah jambu, hijau, hitam dan kelabu. Rekabentuk unik Hexa memberi kelainan kepada komputer riba ini dan ciri permukaan sedikit berlekuk pula memastikan keselesaan pengguna. Ia dikuasakan oleh teknologi Intel Centrino Duo Mobile dengan pemproses Intel Core 2 Duo dan sambungan rangkaian Intel PRO/Wireless 3945ABG.

Selain itu, bagi meningkatkan kecekapannya, Vaio Siri C turut dilengkapi set cip Intel 945GM Express dan set cip Intel 945PM Express yang menjanjikan kelajuan tinggi dan tempoh fungsi bateri lebih lama sehingga empat jam tanpa henti. Ciri-ciri lain yang dimilki termasuk berat 2.3kg, skrin LCD 13.3 inci, DVD/RW/R/DL/RAM terbina, 802.11 a/b/g Wayarles LAN, aplikasi SonicStage Mastering Studio untuk kepuasan bunyi audio sebenar kepada pengguna dan serasi pelbagai sistem operasi Windows.

Seagate Barracuda 7200.10

Barracuda 7200.10 merupakan cakera keras 3.5 inci yang mempunyai ruang storan besar 750Gb dan menjadi satu lagi model terkini yang menggunakan teknologi rakaman perpendicular. Teknologi ini mampu memadatkan lebih banyak data di dalam cakera keras dengan menyusun bit data secara menegak. Anda boleh menyimpan rancangan televisyen sehingga 375 jam, 75 jam video definisi tinggi dan 10,000 bahan CD audio yang ditukar ke format MP3. Ia sesuai untuk pengguna dalam industri penerbitan video, PC mainstream, RAID desktop, permainan kecekapan tinggi dan mereka yang sentiasa memerlukan storan besar. Siri Barracuda 10 ini turut menawarkan hubungan Parallel ATA/100, antaramuka SATA 3Gb/s, SATA 1.5Gb/s, pilihan Buffer Cache 2-,8- dan 16MB, kelajuan pemindahan data maksimum 78 MB/s dan Operating Shock sehingga 68Ga.

Dipetik daripada Majalah PC November 2007

del.icio.us Digg Technorati Google Yahoo Spurl

Sphere: Related Content


Tue, 07 Sep 2010 13:18:04 +0800GMT  Your IP Address is: 38.107.191.109
Blog Search, Blog Directory    Site Meter   Google PageRank Checking tool
Copyright © 2007  Samtech Pc Sales and Services
No 146 Gerai Persiaran Dataran 5
Bdr Seri Iskandar, 32600 Bota
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Tel: +605-3713229  Email: info@pcbundle.net
Best Malaysian Sites